Teknik beli saham yang mudah untuk anda ikuti, bagaimana caranya?

Teknik beli saham yang mudah untuk anda ikuti, bagaimana caranya?
bestradermalay.com – Serius, ada bermacam-macam teknik yang ada dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli sesuatu saham.
Ada yang menggunakan kaedah Fundamental Analysis untuk mengkaji kekuatan sesebuah syarikat dan untung rugi syarikat. Ada juga yang menggunakan kaedah Technical Analysis untuk menentukan masa terbaik untuk membeli saham.
Dan salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout. Atau singkatannya BOBO (gurau je).
Ramai juga sifu-sifu saham yang kami kenal mengamalkan teknik ini. (Err..bukan sifu dalam Malaysia saja tetapi satu dunia!)
Yang dikatakan breakout adalah harga saham tu mesti berjaya lepas paras resistance. Contohnya resistance adalah pada paras RM1, maka harga saham berjaya tembus harga ini lalu menjadi RM1.02.
Selagi harga tu tak berjaya nak melepasi paras resistance, maka belum ada lagi signal untuk membeli atau buy signal. Bila harga dah breakout, barulah isyarat membeli pun muncul. Bila dah breakout, barulah kita beli.
Di antara saham-saham yang boleh dijadikan contoh Breakout adalah:

Saham A berharga RM1 lebih setahun yang lalu, tapi kini telah melepasi RM4.00. Dekat 350% jugalah kenaikan harga saham dalam tempoh setahun.

Seterusnya kita ada saham B yang membuat Breakout pada 21 Ogos 2020 lepas. Kalau dulu harga saham sekitar RM0.30, tapi telah berjaya Breakout dan Limit Up sehingga mencecah paras RM1.09.
Jom kita tengok apa kelebihan menggunakan teknik Buy On Breakout ni.
1. Pecah Resistance
Kerana setiap kali Breakout berlaku, iaitu dengan Volume dan candle Marubozu sebatang hijau – maka pecahlah Resistance harga saham tersebut.
Dan bila Resistance tersebut pecah, maka Resistance Becomes Support (RBS). Harga Resistance tersebut kini bertukar menjadi harga Support.
Maka harga saham berpotensi untuk naik lagi, selagi Support masih bertahan.
2. Saham Sedang Uptrend
Kriteria untuk saham melakukan Breakout adalah saham tersebut mesti sedang Uptrend. Dan kita sebagai pelabur runcit, memang perlu cari saham-saham yang Uptrend kerana ia berpotensi untuk naik.
Kalau saham sedang Downtrend, silap haribulan kita beli harga saham akan jatuh lagi.
3. Ramai Peminat
Di antara teknik yang mudah nak ikut dan mempunyai ramai peminat, adalah teknik Buy On Breakout ini. Bila harga saham mencatatkan 52-Weeks High, bila harga saham mencatatkan All-Time-High; maka orang makin minat nak beli saham tu.
Maklumlah, harga saham takkan berjaya memecahkan Resistance kalau takde Volume. Harga saham takkan mencatatkan paras 52-Weeks High atau All-Time-High, sekiranya tiada minat belian yang mantap.
Bantu bestradermalay.com berkembang dengan berkongsi berita ini, kami berusaha untuk memaparkan berita atau maklumat terkini tentang Cara Mula Trading, Trade Forex Terbaik dan MataWang Kripto. Anda boleh cuba mendaftar untuk menyertai Tradesia Malaysia!