Pelabur wajib tahu tentang corporate exercise!

Pelabur wajib tahu tentang corporate exercise!
bestradermalay.com – Disebalik saham yang kita jual beli tersebut, ada sebuah perniagaan yang sedang berjalan dan ianya dipimpin oleh barisan pengurusan syarikat tersebut.
Dalam masa perniagaan ini berjalan, akan ada satu atau dua aktiviti atau tindakan yang besar yang bakal dilakukan syarikat yang memerlukan persetujuan daripada ahli lembaga pengarah dan juga pemegang saham syarikat.
Ini yang dinamakan sebagai corporate exercise atau corporate action yang biasanya akan dibincangkan semasa mesyuarat agung (general meeting) syarikat tersebut.
Corporate exercise yang biasanya dilakukan adalah seperti:-
- Bonus Issue
- Share Split
- Pemberian dividen
- Right issue
Jadi kenapa perlunya pelabur tahu tentang corporate exercise ini? Apa kesannya kepada harga saham syarikat?
Mari kita lihat sebab-sebab pelabur perlu tahu tentang corporate exercise ini.
1. Memberi Kesan Kepada Harga Saham
Corporate exercise yang dilakukan biasanya akan memberi impak kepada harga sesuatu saham tersebut.
Aktiviti seperti bonus issue atau share consolidation terutamanya akan mengakibatkan perubahan yang sangat ketara kepada harga saham walaupun nilai saham tersebut sama.
Jika tiba-tiba melihat harga saham anda naik banyak, jangan suka sangat dulu, lihat ada aktiviti consolidation tak berlaku.
Begitu juga bila harga saham tiba-tiba jatuh, jangan nangis dulu. Lihat jika ada aktiviti share split atau bonus issue yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, pelabur juga boleh meraih keuntungan dan mengawal kerugian daripada aktiviti corporate exercise ini.
2. Meraih Keuntungan Daripada Corporate Exercise
Biasanya pelaksanaan corporate exercise ini akan diberitahu beberapa minggu lebih awal sebelum ianya dilaksanakan pada tarikh tertentu.
Jika kita perhatikan, harga saham yang bakal dilaksanakan corporate exercise biasanya akan mendapat minat belian yang luar biasa.
Jika kita lihat kepada pergerakan harga saham JFTECH pada awal Januari 2021, harga saham ini mendapat sambutan dan naik dengan banyak sehingga tarikh pelaksanaan corporate exercise syarikat ini.
Sama juga apabila syarikat mengumumkan akan memberikan dividen, pelabur biasanya akan membeli saham syarikat tersebut hanya untuk mendapatkan dividen sahaja.
Sebelum tarikh pemberian dividen harga saham juga biasanya akan membuat kenaikan. Ianya tidak terjadi untuk semua saham, tetapi kemungkinan ianya terjadi itu ada.
3. Mengawal Risiko Kerugian Dalam Pelaburan
Apabila syarikat AirAsia mengumumkan right issue dengan fair value sekitar RM0.75, harga saham syarikat ini yang ketika itu berada di atas RM1.25 seunit jatuh dengan ketara sekali.
Ianya juga terjadi kepada syarikat lain seperti Aemulus, apabila syarikat ini mengumumkan akan menerbitkan saham baru dengan nilai RM1.10 seunit, harga saham syarikat ini ketika itu jatuh mengikut harga saham baru yang bakal diterbitkan syarikat.
Perkara-perkara di atas adalah antara sebab kenapa pelabur perlu tahu tentang corporate exercise dan bagaimana ianya akan mempengaruhi harga sesuatu saham syarikat.
Ayuh, ikuti kemas kini berita tentang ekonomi di bestradermalay.com! Kami akan terus berkongsi maklumat terkini tentang Tradesia, Cara Memulakan Trading, Trading Forex Terbaik dan Matawang Kripto. Daftar sekarang untuk menyertai Tradesia Malaysia!