Intip 5 rahsia jika anda ingin menjadi pelabur saham yang berjaya

Intip 5 rahsia jika anda ingin menjadi pelabur saham yang berjaya

bestradermalay.com – Pernahkah anda menonton filem Rocky Balboa yang dibintangi oleh Sylvester Stallone?
Filem ikonik sepanjang zaman yang diterbitkan pada tahun 1970an ini mengisahkan tentang seorang peninju hebat bernama Rocky Balboa dalam mengharungi dunia sukan tinju.
Filem ini bukan sahaja penuh dengan babak pertarungan, malah filem ini juga penuh dengan nilai positif dan motivasi yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.
Dalam hidup sebagai seorang peninju profesional, Rocky Balboa wajib berlatih setiap pagi secara konsisten tanpa cuti sebelum memasuki gelanggang tinju.
Rutin yang dijalankan Rocky Balboa untuk menjadi peninju hebat adalah:
- Bangun jam 4.00AM setiap hari
- Bersarapan dengan telur mentah
- Jogging dengan jarak yang jauh
Itu rutin beliau sebelum masuk dalam gelanggang latihan. Selepas tamat rutin pagi tersebut Rocky Balboa akan memanaskan badan menggunakan skipping rope pula.
Jadi, semasa latihan di dalam gelanggang tinju, fizikal dan mental beliau berada dalam keadaan optimum untuk memberikan yang terbaik dalam latihan tersebut sebelum memasuki gelanggang tinju yang sebenar.
Itu rutin harian sebagai peninju profesional, bagaimana pula rutin kita sebagai pelabur saham?
Adakah anda sebagai seorang pelabur saham mempunyai rutin harian?
Untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya anda perlu mencipta rutin dan proses terlebih dahulu.
Nak tahu apa rutin yang seorang pelabur saham patut buat? Jom rujuk info di bawah.
1. Lihat Pasaran Amerika Syarikat
Amerika Syarikat merupakan sebuah negara ekonomi gergasi yang mampu memberi impak kepada ekonomi dan kewangan global.
Sebagai seorang pelabur, rutin harian setiap pagi yang perlu anda lakukan adalah menyemak :-
- Indeks S&P 500
- Indeks Dow Jones
- Indeks Nasdaq
- Indeks VIX
Indeks pasaran saham di Amerika sangat besar, jadi dengan kenaikan atau penurunan sebanyak 1% pada indeks pasaran sahaja mampu memberi impak langsung kepada indeks pasaran saham di negara lain.
Contoh yang nyata dilihat apabila kemenangan Joe Biden sebagai Presiden baru Amerika Syarikat yang dilihat sangat mesra kepada tenaga boleh diperbaharui.
Selepas sahaja kemenangan beliau, syarikat yang terlibat dengan solar di Malaysia dilihat mendapat sambutan yang menggalakan oleh pelabur.
2. Lihat Harga Komoditi Dunia
Perubahan harga komoditi global sangat penting kepada pasaran saham Malaysia terutamanya harga minyak mentah dunia.
Hal ini kerana, Malaysia merupakan antara pengeluar minyak mentah terbesar di Asia.
Syarikat domestik yang terlibat dengan minyak mentah seperti Petronas Chemicals Group, Petronas Dagangan Berhad dan juga Petronas Gas Berhad merupakan antara syarikat yang membentuk indeks FBM KLCI.
Jadi, sebarang perubahan harga minyak dunia sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pasaran saham tempatan.
3. Lihat Nilai Tukaran Matawang Ringgit Malaysia Dan US Dolar
Sebagai tambahan, nilai pertukaran matawang Ringgit Malaysia dan US Dollar juga sangat penting untuk diperhatikan oleh pelabur saham.
Pertukaran nilai matawang ini akan memberi impak secara tidak langsung kepada pendapatan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan di peringkat global.
Kelemahan matawang sesebuah negara juga menjadi kayu pengukur terhadap kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.
Oleh itu, sebagai pelabur yang bijak kita perlu cakna akan perubahan matawang Ringgit Malaysia berbanding US Dollar.
4. Ambil Tahu Berita Terkini
Setiap hari, media antarabangsa dan tempatan akan menyajikan berita – berita terkini berkaitan ekonomi, politik, saham dan kewangan.
Sebagai seorang pelabur, anda wajib mengikuti perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dan tempatan sebagai indikator untuk menilai dan membuat jangkaan pasaran.
“Tahukah anda, pelabur saham membuat kajian Top-Down Approach berdasarkan perkembangan semasa berita global dan tempatan.”
Berita ini boleh didapati daripada pelbagai sumber contohnya, analyst report daripada broker dan portal pelaburan seperti Investing.com, The Edge Market dan banyak lagi.
5. Lihat Peta Finviz
Finviz adalah screener yang membantu pelabur menyaring saham mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pelabur.
Screener ini hanya boleh digunakan untuk menyaring saham di Amerika Syarikat sahaja. Selain daripada fungsi saringan, Finviz juga juga membekalkan berita terkini dan peta pasaran saham Di Amerika Syarikat.
Peta Finviz ini menunjukkan ringkasan kepada keadaan pasaran saham di Amerika Syarikat mengikut sektor tertentu.
Dengan merujuk kepada peta ini, kita boleh mendapat gambaran jelas apa yang terjadi kepada pasaran saham di Amerika Syarikat pada sehari sebelum.
Jika trend warnanya hijau, kemungkinan besar pasaran tempatan juga akan mengikut trend kemeriahan pasaran di Amerika Syarikat.
Akan tetapi, jika trend peta ini berwarna merah, ini merupakan satu amaran kepada pelabur untuk lebih berhati-hati di dalam pasaran.
Bantu bestradermalay.com berkembang dengan berkongsi berita ini, kami berusaha untuk memaparkan berita atau maklumat terkini tentang Cara Mula Trading, Trade Forex Terbaik dan MataWang Kripto. Anda boleh cuba mendaftar untuk menyertai Tradesia Malaysia!